Jumaat, 3 Jun 2011

PERKAMPUNGAN ORG ASLI BATEK

Suasana Damai Perkampungan Orang Asli Batek

Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Batek di Kampung Orang Asli Jeram Panjang di antara aktiviti yang wajib dilakukan oleh kebanyakkan pelancong di Taman Negara Kuala Tahan.

Perjalanan ke Kg Orang Asli Jeram Panjang mengambil masa 30 minit dari Jeti Taman Negara. Perjalanan ke sini hanyalah menggunakan bot sahaja.

Peralatan Menyumpit Sedia Untuk Dicuba.
Semasa dalam perjalanan , pelancong akan menyusuri jeram-jeram yang terdapat di Sungai Tembeling. Pelancong akan merasa sendiri suasana dan kepayahan penduduk orang asli untuk berhubung dengan dunia luar.Semasa di Kg Orang Asli , pelancong akan dapat menyaksikan kehidupan nomad puak Batek.

Di sini pelancong dipertontonkan cara kehidupan mereka. Cara ikhtiar hidup menghidupkan api serta cara-cara menghasilkan sumpit. Pelancong juga dapat merasai sendiri pengalaman menyumpit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lata Berkoh (Tepi Sungai)

Lata Berkoh (Tepi Sungai)

Air Terjun Lata Berkoh

Air Terjun Lata Berkoh