Jumaat, 3 Jun 2011

KUALA TAHAN - DESTINASI PELANCONGAN

Kuala Tahan merupakan sebuah perkampungan yang terletak di kuala Sungai Tahan dan Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia.Kuala Tahan dihubungkan dengan bandar Jerantut melalui jalan darat sejauh 76 km dan jalan air melalui Sungai Tembeling. Kuala Tahan terletak di dalam mukim Tembeling Tengah dan di bawah pentadbiran Penghulu Mukim Tembeling Tengah. Perjalanan ke Kuala Tahan memgambil masa kira-kira 1 jam dari bandar Jerantut melalui jalan darat. Bagi pelancong yang ingin merasai perjalanan menaiki bot , mereka boleh melalui Jeti Kuala Tembaling. Perjalanan memudiki Sungai Tembeling mengambil masa 3 jam. Di Kuala Tahan terdapat beberapa buah kampung-kampung kecil seperti Teresik , Kg Belebar , Kg Tekah , Kg Padang serta perumahan FELCRA Tembeling Tengah.
(Kuala Tahan merupakan tumpuan pelancong luar dan dalam negara)

Kegiatan ekomomi penduduk Kg Kuala Tahan kebanyakannya terlibat dalam bidang perlancongan dan pertanian. Kegiatan pertanian lebih tertumpu kepada industri getah. Terdapat kebun getah yang diuruskan oleh RISDA yang berkeluasan 60 htr. Bagi industri perlancongan pula , kebanyakan penduduk terlibat secara langsung sebagai pemandu pelancong , pemandu bot , pengusaha penginapan , peniaga dan peruncit. Sektor ini menyumbangkan hasil yang besar kepada ekomomi penduduk Kuala Tahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lata Berkoh (Tepi Sungai)

Lata Berkoh (Tepi Sungai)

Air Terjun Lata Berkoh

Air Terjun Lata Berkoh